Monday, December 23, 2019

BATAS - BATAS PERGAULAN DAN ADAB - ADAB PERGAULAN


DUA6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK : 
BATAS – BATAS PERGAULAN DAN ADAB – ADAB PERGAULAN


NAMA PENSYARAH : USTAZAH HAYATI BINTI TALIB

JABATAN : TEKNOLOGI MAKANAN 

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. NURSYAZWINA BINTI ZULKHAIRI   
    (02DMH17F2001)
2. NURDINA WADHIHAH BINTI RAZMAN
    (02DMH17F2002)
3. NUR HAMIZAH BINTI ABU       
    (02DMH17F2015) 
4. SAIYIDAH NAFISAH BINTI ABD  RAHMAN            (02DMH17F2025)
5. NURIRDINA QATRUNNADA BINTI MOHD HANAPIAH                       
    (02DMH17F2034)

KELAS : DMH5A

SESI : DISEMBER 2019


  PENGHARGAAN

           Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, kami berjaya menyiapkan tugasan e-folio yang ditugaskan ini dengan jayanya. Kami menjulang sepenuhnya penghargaan kepada Ustazah Hayati Binti Talib  diatas kesudian dan kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau banyak membantu kami sepanjang proses tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang melakukan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang dapat kami peroleh sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang di beri ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sanggup membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui batas-batas pergaulan sesama jantina dan juga berlainan jantina. Selain itu untuk mengetahui adab-adab pergaulan antara sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa.


PENGENALAN

Seperti yang kita sedia maklum, pada hari ini sudah hilangnya adab  pergaulan di antara lelaki dan juga perempuan yang bukan ajnabi. Pergaulan dalam bahasa Arab disebut sebagai ikhtilat. Ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur. Pergaulan atau  ikhtilat dalam Islam membawa maksud pergaulan atau percampuran antara lelaki dan wanita ajnabi di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk perbuatan di antara seseorang dengan yang lain. Iaitu ia hanya berlaku di antara tiga orang atau lebih. Ini berbeza dengan khalwat yang terdiri daripada dua orang sahaja. Oleh itu, Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan.


1.0 BATAS – BATAS PERGAULAN

Pergaulan merujuk kepada proses sosialisasi antara sesama manusia. Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan. Seseorang itu tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan bermasyarakat. Menurut Mohd. So’od (2010), terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan. Antaranya seperti yang berikut:

1) Peringkat berkenalan
- Berkenalan atau taaruf ialah peringkat  yang membantu kita untuk saling      kenal-mengenali dalam memulakan sesuatu hubungan. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang

2) Peringkat memahami
- Peringkat memahami atau tafahum ialah peringkat kedua dalam batas pergaulan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubung dengan kita. Dengan memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang, maka mudahlah untuk menentukan orang yang menjadi teman. Jika kita bergaul dengan orang-orang yang baik akhlaknya, maka kita akan mendapat tempias kebaikan mereka. Begitulah sebaliknya, jika kita bergaul dengan mereka yang buruk akhlaknya, maka keburukan mereka akan mempengaruhi diri kita.

3) Peringkat tolong – menolong
- Peringkat tolong-menolong atau taawun ialah peringkat yang terjalin daripada hubungan yang akrab. Namun, setiap tindakan yang dilakukan dalam pergaulan antara sesama manusia mestiah bertetapan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


1.1 SENARIO YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM

Terdapat tiga senario yang dihadapi oleh umat Islam. Antaranya seperti berikut :

1) Aliran Barat/ Sekuler
- Aliran ini mahukan wanita dan lelaki bercampur- gaul sesama mereka semaksima mungkin

2) Aliran ke Timuran
- Manakala untuk aliran ini, yang diwarnai Islam tradisi yang mempunyai makna dan tafsiran tersendiri bagaimana seharusnya
batas pergaulan antara jantina.

3) Aliran Kejumudan
- Melalui aliran ini, menunjukkan dalam banyak masyarakat Islam abad ini, wanita terpenjara dan dinafikan hak- hak mereka yang sudah dijelaskan dalam Al- Quran.

Kesimpulannya, melalui ketiga - tiga aliran ini sudah pastinya mempunyai banyak kelemahan dan mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam. 


2.0 BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

Aurat diambil daripada perkataan Bahasa Arab, iaitu ‘aurah’ yang bermaksud keaiban. Dari sudut Fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan. Persoalan tentang aurat bagi lelaki dan wanita merupakan perkara penting yang tidak boleh ditinggalkan. Perintah Allah  supaya menutup aurat terdapat dalam surah al-A’raf ayat ke-26 yang menjadi dalil wajib menutup aurat.

1) Aurat lelaki
- Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki adalah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna.

2) Aurat wanita
- Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maudidi,1995)

3) Pakaian lelaki
- Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyhuran, tetapi menurut syariat Islam.

 4) Pakaian wanita
- Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita mestilah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam.


3.0 ADAB-ADAB DAN BATAS PERGAULAN 

Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleg Allah SWT bertujuan memgekang atau menghalang perbuatan serong hamba – hamba-Nya dalam pergaulan (antara lelaki dengan perempuan). Pada setiap masa dan keadaan, kita perlu memastikan adab dab pergaulan kita bertepatan dengan ajaran Islam tidak kira di mana-mana jua tempat seperti ketika berada di tempat kerja, di dalam kenderaan awam, ketika bersiar-siar, membeli-belah, menyertai program-program sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, Islam telah menggariskan beberapa adab dan batas pergaulan yang perlu dijaga oleh setiap umat-Nya.

Antara adab yang perlu diikuti ketika bergaul adalah seperti yang berikut :

1) Memelihara pandangan
- Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya, tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. 
- Firman Allah s.w.t : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,’’ (An-Nuur: 30-31)

2) Menutup aurat secara sempurna
- Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (tipis) dan tidak menampak bentuk tubuh. 
- Firman Allah s.w.t : “dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,” (Surah An-Nuur:31)

3) Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram
- Nabi bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita (tanpa disertai mahramnya) karena sesungguhnya yang ketiganya adalah syaithan (HR. Ahmad).

4) Menjaga perkataan dan mengawal perbualan
- Menggunakan perkataan yang baik ini sama ada melalui perbualan secara langsung atau tidak langsung , contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerana ianya menggambarkan keperibadian penuturnya.

5) Mengawal perhiasan
- “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah yang pertama dahulu; dan dirikanlah solat serta berilah zakat: dan taatlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “ahl al-bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya(dari segala perkara yang keji)” surah Al-ahzab 33,33

6) Menghindari tempat yang tidak baik
- Menjauhi tempat-tempat yang haram adalah sebuah keharusan kerana ia mengandungi bahaya yang banyak (akhthar al-iqtirab min amakin al-muharramat) 


3.1 Kesan buruk yang timbul daripada Pergaulan Bebas

1)  Merosakkan jiwa dan akhlak
- Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk. Seseorang yang  berkelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa-dosa yang ditanggungnya. Dosa akibat perbuatan maksiat akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Untuk menghilangkan kekotoran itu, kita perlu bertaubat memohon keampunan-Nya, sentiasa mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai-Nya.

2) Menyuburkan perzinaan
- Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi puca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat. Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat yang lain.

3) Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara
- Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan. Kemungkaran yang dibuat akan merosakkan maruah diri seseorang. Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat dan negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.

4) Membawa kepada kemurkaan Allah SWT
- Sesiapa yang menjaga dan melaksanakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia di sisi-Nya. Orang-orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan-Nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tidak lagi mendapat ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.


4.0 HUKUM PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Setiap perkara yang dilaksanakan pasti akan ada hukum-hukumnya. Perkara ini juga tidak terkecuali dalam pergaulan seharian kita. Hukum pergaulan dalam Islam adalah harus. Pergaulan sesama manusia adalah dituntut jika ianya membawa ke arah kebaikan seperti menuntut ilmu, menjayakan dakwah dan tarbiyah, jihad atau apa sahaja yang memerlukan kerahan tenaga antara perempuan dengan lelaki. Namun begitu, ianya perlulah mematuhi adab-adab yang telah digariskan oleh syarak. Walau bagaimanapun, terdapat juga hukum yang mengatakan pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sahih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain yang pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. 
Antara hukum-hukum yang dimaksudkan adalah :

1.Larangan Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram-
- Perempuan dilarang bermusafir  bersendirian tanpa mahram dan dilarang berkhalwat dengan  lelaki Ajnabi (sah kahwin dengannya)
- Hadis berkaitan larangan berkhalwat :
  Maksudnya: “Lelaki tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak harus musafir kecuali bersamanya mahram.”
- Hadis berkaitan bermusafir tanpa mahram :
  Maksudnya: “Perempuan tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak Harus masuk (dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram.”      

Hadis pertama melarang lelaki ajnabi berkhalwat dengan wanita di dalam bilik atau rumah. Hadis kedua pula melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahram. Kedua-dua hadis ini telah dijadikan oleh para fuqaha’ sebagai dalil pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan; kerana kedua-duanya mengandungi unsur pergaulan.

2. Hukum wanita turut serta dalam perang jihad
- Bagi rujukan seterusnya, hal ini membincangkan tentang hukum wanita turut serta dalam perang jihad. Menurut hukum asal, wanita tidak wajib turut serta dalam perang jihad. Aisyah r.a pernah meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk turut serta berjihad, tetapi Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa jihad bagi wanita adalah mengerjakan haji. Dalam menghuraikan hadis ini, Ibn al-Battal menyatakan bahawa wanita tidak wajib berjihad di  medan perang kerana mereka diwajibkan berhijab dan tidak boleh bergaul dengan lelaki. Jelas dilihat bahawa Rasulullah s.a.w tidak mengizinkan Aisyah turut serta dalam perang jihad adalah kerana mereka ditegah bergaul dengan lelaki. Ertinya, kalau dalam keadaan perang jihad mempertahankan Islam, satu keadaan yang sangat kritikal kepada orang Islam dan agama Islam sendiri wanita tidak diizinkan bergaul, maka dalam kes-kes lain yang tidak mendesak adalah lebih tidak dibenarkan.


5.0 BATAS-BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DIBOLEHKAN

Perbincangan di atas telah menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah dilarang. Namun begitu, pergaulan di antara lelaki dan wanita diharuskan mengikut keadaan dan situasi yang dibenarkan. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurat, hajat (keperluan), mashalat Syar’ ie dan kebiasaan adat setempat. Antaranya seperti berikut :

1) Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana darurat
    - Dalam syarah Sahih Muslim, al- Imam al- Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hukum berkhalwat antara wanita dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang wanita bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin  mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan 
seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi  daripada bahaya. Penjelasan al- Nawawi menyakinkan bahawa pergaulan wanita dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan
perlindungan atau menyelamatkan wanita terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan- tujuan lain.

2) Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana keperluan
- Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan Syar’ie adalah seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta), pergaulan antara lelaki dan  perempuan semasa bekerja, pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi dan pergaulan di antara lelaki dna perempuan dalam kenderaan awam dengan syarat menjaga batas-batas syarak seperti memakai pakaian yang menutup aurat, menundukkan pandangan dan hanya bercakap mengenai perkara yang berfaedah sahaja.

3) Pergaulan mengikut kebiasaan adat dalam majlis-majlis
- Pergaulan di antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri kerana sesuatu dibolehkan dengan syarat menjaga batas- batas syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas- batas syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan wanita tidak dibolehkan. Walaubagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan wanita semasa makan dan lainnya dalam majlis- majlis ini adalah lebih baik. Perkara ini didasarkan kepada kaedah “ Sadd al- Zari’ ah” (menutup pintu- pintu fitnah).

4) Pergaulan di antara lelaki dan wanita semasa belajar
- Pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar dibolehkan dengan syarat mereka belajar dalam kumpulan di mana perkara ini dapat mencegah daripada berlakunya fitnah dan khalwat.


KESIMPULAN

                  Kesimpulannya, pergaulan merupakan interaksi antara manusia untuk berhubung. Pergaulan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Namun, setiap perkara di dunia datang dengan dua aspek iaitu secara positif atau negatif. Oleh hal yang demikian, didalam pergaulan, kitta sebagai manusia perlulah bersandarkan syariat Allah S.W.T dan hadis Rasulullah S.A.W . Hal ini supaya implikasi negatif hasil daripada pergaulan yang tidak berlandaskan syariat Islam iaitu pergaulan bebas dapat dihindarkan secara efisien. Melalui pergaulan bebas ini akan menyebabkan individu terjerumus kepada lembah penzinaan. Terdapat pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan oleh semua pihak seperti individu itu sendiri, ibu bapa, masyarakat dan juga negara bagi membendung gejala pergaulan bebas ini. Setiap pihak perlu memainkan  peranan masing-masing supaya hal ini dapat dibanteras secara efisien. Akhir sekali, kita sebagai manusia hendaklah tidak melanggar batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dan yang disampaikan oleh Rasulullah S.A W . 



RUJUKAN


Buku

1. Marzuki Sepiaal, Rina Fakhizan Mohd Sukri, Dr. Alias Mat Saad (2016). Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam. Kuala Lumpur : Siri Politeknik. Oxford Fajar.
             
Internet

1. http://taetaebangtanie.blogspot.com/?m=1
2. http://sayapmalamaddres.blogspot.com/?m=1
3. https://www.academia.edu/31613507/HUKUM_PERGAULAN
4. http://bataspergaulan.blogspot.com/2015/09/batas-batas-pergaulan.html?m=1
5. http://simbathekat.blogspot.com/2017/12/batas-batas-pergaulan-dan-adab-adab.html?m=1